Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Thursday 26 March 2015

Sumbangan Sempena Program Mesra, Kasih & Sayang

Penyampaian Sumbangan Cek kepada Biro Sosial & Kebajikan PBB Cawangan Paya Mebi 

Wakil IMNB Motors, Irene sedang menyampaikan cek kepada wakil Biro Sosial & Kebajikan. Turut ditemani oleh Ali(kiri) dan Voon (kanan) staf IMNB

27.03.15, Jumaat, Institut Memandu N.B Motors telah memberi sumbangan cek kepada Biro Sosial & Kebajikan PBB cawangan Paya Mebi sempena program Mesra, Kasih & Sayang. Sumbangan tersebut akan digunakan untuk membeli kerusi roda yang akan disumbangkan kepaa golongan warga emas yang kurang berkemampuan, kurang upaya dan miskin sepanjang tahun ini. 

Kepada masyarakat di luar sana yang ingin menyumbangkan bantuan, sila hubungi urusetia Biro Sosial & Kebajikan PBB cawangan Paya Mebi di talian 082-424311. 

"Sepakat Membawa Berkat"

Monday 23 March 2015

Fasiliti

IMNB mempunyai kemudahan yang lengkap disediakan khusus kepada pelanggan-pelanggan yang datang. IMNB sangat mementingkan kebersihan dan keselesaan kepada orang ramai. Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti:

1. Kantin
Lokasi sesuai untuk bersarapan, makan tengah hari dan minum petang. Kantin dioperasikan oleh warga Melayu dan makanannya ditanggung Halal. 

2. Surau

IMNB juga mempunyai surau bagi memudahkan pengunjung-pengunjung untuk menunaikan ibadah mereka. 



3. Tempat Menunggu

IMNB mempunyai tempat menunggu yang berbumbung dan mempunyai banyak kerusi di mana pelajar boleh duduk sementara menunggu giliran semasa waktu latihan ataupun bersantai bersama rakan-rakan.



4. Litar Ujian

Litar ujian IMNB merupakan litar yang mengikut standard terbaru seperti disyaratkan oleh JPJ Malaysia. Litar ujian IMNB sentiasa dijaga dengan bersih dan pelajar-pelajar boleh belajar memandu dengan selesa dan lancar.



5. Perkhidmatan Kaunter

IMNB mempunyai individu-individu yang cekap, telus dan bersikap mesra pelanggan bagi melancarkan proses pendaftaran, pembayaran dan pengambilan lesen anda. Kami di kaunter sentiasa bersemangat untuk membantu anda semua.



6. Tandas Awam

IMNB menyediakan tandas awam yang sentiasa dijaga dengan bersih dan rapi.